Cerita di sebalik tawaran KPLI

Tarikh 14 Jun 2010 merupakan tarikh bersejerah bagi diri saya. Setelah melalui Mtest di SMK (P) Likas, saya berdoa setiap hari, dengan harapan tinggi saya pasti akan mendapat tawaran pengajian KPLI ini. Pada masa itu, saya bekerja dengan Masterskill College di Kota Kinabalu, Sabah. Saya ingin menukar kerjaya kepada bidang profesion perguruan kerana minat yang mendalam terhadap pendidikan. Tambahan pula, roadshow di Masterskill begitu padat jadualnya sehinggakan membuatkan saya ingin menukar bidang pekerjaan. 

Sewaktu berada di Lawas untuk roahshow pengambilan pelajar, telefon bimbit sa berbunyi dan ya! Ia adalah pesanan ringkas daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Hatiku begitu excited lalu berkata, Saya sudah bilang, saya pasti akan dapat KPLI pada kali ini setelah 3 kali gagal mendapat tawaran. Namun, betapa terlukanya hati ini, apabila sms itu tidak seperti yang saya jangkakan. "Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan KPLI and TIDAK berjaya". Hatiku begitu sedih dan kecewa. Lalu mempersoalkan Tuhan. Tuhan, dimanakah Engkau ketika aku berseru? Tidakkah Engkau melihat hambaMu ini? Sepanjang perjalanan pulang dari Lawas ke Kota Kinabalu begitu sayu. Namun, saya bersyukur kepada Tuhan, kerana saya pasti ini rencana Tuhan yang terbaik dalam kehidupan saya. 

Mungkin kerana terlalu sedih dan kecewa, saya terbawa-bawa perasaan itu sehingga ke dalam mimpi saya. Anehnya, pada malam itu, saya bermimpi saya sedang mengajar di dalam sebuah kelas. Perasaan itu begitu baik sekali. Seolah-olah mimpi itu adalah realiti. Keesokkan harinya, saya bangun seperti biasa, dan di wajah saya terukir sebuah senyuman tatkala teringat akan mimpi tersebut. Namun hatiku berkata, "Mana mungkin perkara ini akan berlaku!". Tanap membuang masa, saya terus bersedia untuk perjalanan ke Tambunan pula pada kali untuk menjalankan tugas dalam memberi taklimat kepada mereka mengenai kursus-kursus yang ditawarkan. Syukurlah juga, kerana ada beberapa orang mendaftar. 

Sambil menunggu sehingga Jam 2 petang, saya duduk termenung mengenangkan nasib pada masa akan datang. Sambil melayan perasaan memikirkan tentang masa depan. Tiba-tiba, saya dikejutkan sms yang diterima. Sms itu bertulis seperti begini, Tahniah! Anda berjaya dipanggil temuduga khas ambilan kedua KPLI. Kerana terlalu terkejut saya hampir terjatuh dari kerusi yang saya duduk. Apa lagi, saya pun beritahu kepada teman saya bahawa saya mendapat temuduga ini. Dia tumpang gembira pada saya. disebalik rungutan dan keluhan saya selama ini, rupanya Tuhan menguji saya. Air mata berlinangan tanpa henti dan ucapan syukur kepada Yang Mahakuasa saya panjatkan. Dan saya juga terfikir bahawa mimpi tersebut membawa makna kepada saya! 

Tanggal 20 April 2010, temuduga dijalankan di Bahagian Pendidikan Guru, Kota Kinabalu. Saya melaluinya dengan tenang dan menghafal semua fakta-fakta yang berkaitan dengan kerajaan. Sesi temuduga ada dua, Berkumpulan dan Individu. Saya harus berkata jujur bahawa, semasa temuduga berkumpulan dijalankan, saya agak gemuruh, sehinggakan pen yang dipegang juga bergegar. Dan yang baiknya dalam temuduga berkumpulan ini, hanya 3 daripada 6 org sahaja yang hadir. 

Tiba masa temuduga individu, saya sudah bersiap sedia bahawa semua fakta yang sudah dihafal tidak akan saya lupa! Namun, percaya atau tidak, tiada satu pun soalan fakta yang disoalkan kepada saya. Semuanya adalah hanya soalan umum mengenai pendidikan, penempatan, dan isu-isu semasa dalam pendidikan. Habis sahaja temuduga individu, rakan-rakan di luar semua pandang kepada saya dan bertanya "Mengapakah anda begitu lama di sana?". Saya tidak rasa sedikit pun berada lama semasa temuduga itu kerana bagi saya, itu merupakan sesi temuduga yang tidak terlalu stress, dan saya gembira dapat menjawab semua soalan dengan penuh yakin. 

Saat menunggu keputusan temuduga KPLI begitu mendebarkan. Pada 14 Jun 2010, awal pagi lagi saya telah menelefon ke pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia dan menanyakan bagaimanakah harus saya memeriksa keputusan tersebut. Pegawai yang menjawab panggilan saya menyuruh agar saya melayari laman web dalam masa beberapa minit lagi kerana mereka sedang menguruskan sistem kemasukkan data. Tepat pada jam 9pagi, saya sudah ternampak link untuk melihat keputusan. Saat itu, jantung saya berdegup dengan penuh kencang sekali, lalu saya pun memasukkan Nama dan No Kad Pengenalan, dan sebelum semak, saya tunduk kepala dan berdoa kepada Tuhan. Tuhan, biarlah ia terjadi sesuai dengan rencanaMu. Lalu, kutekan butang "Semak", kelihatan perkataan "Tahniah, anda berjaya ditawarkan....". Hatiku sekali lagi bersyukur dan saya sangat terharu sehingga air mata saya deras menyusuri pipiku. Kegembiraan ini saya teruskan dengan menelefon kepada ahli keluarga mengenai berita baik ini. 

Ku bersyukur kepada Tuhan dan teringat akan janji manisNya melalui firmanNya , Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu… yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. – Yeremia 29:11. Amen. Sekian. 



No comments:

Post a Comment